Wednesday, September 24, 2008

mY faCE bOoK

this iS the Link of my NeW face BOoK:

Facebook me!


GO n add me ya as youR frenz..

mY faCE bOoK

this iS the Link of my NeW face BOoK:

Facebook me!


GO n add me ya as youR frenz..

Monday, September 15, 2008

temPah SekaRang......KeK LapIS sARawAK N kEK aNyAM SAraWaK...semenTAra Stok MasiH ada







hi semua.....sorrylah kalau lamabat x update blogs ni...bukan nye ape...very the penat sekal uol....n also hem memang nak rehat sepanjang bulan ni...anyway bagi sesiape yg nak tempah kek lapis n kek anyam sarawak ni..cepat-cepat contact hem yer...tarikh akhir tempahan sehingga

22 Spetember 2008 (ISnin depan)

Wednesday, September 3, 2008

UNITAR juara keseluruhan FestiVaL tAri BoRNeO 2008






hai semua......assalamualaikum....

alaihai...memang penat sekal bulan puase ni kan. dah lah hem ni heavy smoker...very the lembik sekal bile tibe bulan puase ni...anyway, that is not the story yang i nak ceritekan....sekembalinye hem dari bandung n jakarta ari tu, hari berikutnya hem terus jadi Juri untuk FESTIVAL TARI BORNEO muali 27-29 Ogos 2008...setiap malam hem balik jam 12 malam untuk mengadili 8 buah ipt yang bertanding termasuklah 2 buah penyertaan dari kalimatan barat dan selatan.....yang bestnya, UNITAR the only ipts yang mengikuti FESTIVAL tersebut dan yang lainnya adalah IPTA (UNIMAS,UITM SARAWAK,UITM SABAH, UPM BINTULU,UMS, UNIVERSITAS TANJUNG PURA,UNIVERSITAS MULIAWARMA)...thanks god, kite dapat juara keseluruhan setelah memenangi tempat kedua dalam tarian asli dan tarian kratif dan juga memenangi kostume terbaik bagi tarian asli......berbaloi jugaklah hasil penat penari2 hem setelah bertungkus lumus training dalam waktu yang teramat singkat........ gmabr-gambar berkenaan dengan FESTIVAL ni hem belum lagi ambil dari students hem...nanti kalau dah ada copynya, hem akan masukkan ke dalam blog ini ek....

petikan dari surat khabar tempatan...



KM: Cukai sempadan dihapus pada 2012
KOTA SAMARAHAN: Negara-negara Asean menyatakan persetujuan menghapuskan cukai sempadan menjelang 2012 bagi membolehkan rakyat wilayah Borneo bertukar-tukar lawatan.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, penghapusan cukai sempadan itu kelak akan memudahkan rakyat rantau ini meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Pehin Sri Taib memberitahu, hubungan rapat rakyat di negeri-negeri Kepulauan Borneo (Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan Barat) sememangnya sudah sedia terjalin.
“Justeru, bagi mengukuhkan ikatan perpaduan dan persaudaraan rakyat negeri-negeri Borneo ini cukai sempadan perlu dihapuskan,” katanya ketika berucap menutup Festival Tari Universiti-universiti Borneo edisi kedua di Dewan Jubli Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak di sini, malam Jumaat lalu.
Hadir sama isteri beliau, Datuk Amar Puan Sri Laila Taib, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Dato Sri William Mawan Ikom, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Perancangan dan Pengurusan Sumber) Mohd Naroden Majais, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud, ADUN Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah, Naib Canselor UiTM Malaysia Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah dan Pengarah UiTM Sarawak Profesor Madya Dr Jamil Hamali.
Menurut Pehin Sri Taib, Festival Tari Borneo yang diadakan buat kali keduanya itu merupakan langkah terbaik mengukuhkan perpaduan di kalangan pelajar universiti di wilayah Borneo termasuk negara jiran, Kalimantan Barat, Indonesia.
“Selain bertukar-tukar lawatan menerusi kebudayaan, saya percaya rakyat di wilayah ini juga mampu bertukar-tukar idea, pengalaman dan kemahiran masing-masing,” ujar beliau.
Pehin Sri Taib menarik perhatian, perancangan pembangunan wilayah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) akan membuka banyak peluang dalam pelbagai industri di samping menyediakan peluang pekerjaan yang ramai kepada rakyat.
“Peluang-peluang pekerjaan dalam SCORE, saya yakin mampu dimanfaat oleh semua rakyat di negeri ini termasuk wilayah Borneo,” tegasnya.
Justeru, beliau berharap generasi muda terutama para pelajar universiti harus bersedia dengan ilmu pengetahuan tinggi untuk merebut peluang-peluang pekerjaan yang bakal dilaksanakan itu.
Terdahulu, Ibrahim dalam ucapannya juga berharap festival tari itu dapat memberi peluang kepada penggerak seni budaya di universiti kepulauan Borneo bergabung, bertukar pendapat, berkreatif serta mengembangkan budaya bangsa agar kekal pada masa akan datang.
“Selain itu, festival tari ini juga diharapkan mampu mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian,” katanya.
Pada festival itu, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) Sarawak dinobatkan sebagai juara keseluruhan sekali gus merangkul Piala Ketua Menteri.
Unitar merupakan naib juara bagi kedua-dua kategori tarian asli dan kreatif di samping merangkul piala pemenang kostum terbaik. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM7,000.
Sementara tuan rumah UiTM Sarawak dinobatkan juara bagi kategori kreatif sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM5,000 dan piala. Penyandang juara, Universiti Tanjung Pura meraih tempat ketiga dalam kedua-dua kategori.
Manakala tuan rumah Festival tari Borneo edisi ketiga (2010) iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) balik dengan gah apabila menjuarai kategori asli dan membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala.