Wednesday, June 30, 2010

saLam 1 mALAysia


sorry seMua...dH lame hem menyEpi kan...menYepI bukan tanda nyE trUs xde Tau...acTuaLLy hem sibuk dGn kErjaya, bUsinEss, Mcm2 lagi...
RaseNye hem aKan MuncUL baLik dGn peLbagai PapaRan yg Pasti aKan memBuatkaN seMua tErtUnggu2 n terTanya2....

Friday, November 20, 2009

gOod MowN!nk


guD moWninK guyZ......hOpe tOday wILL brinG you More jOyfuL n uNforGetaBLe mEmorY..

Thursday, November 19, 2009

setia pd c.i.N.t.A

CINTA mengajar kita erti setia..
dan andai ada setia itu
CINTA itu bagaikan terlalu agung dirasakan
dan terkadang bila kita cuba untuk mencari cinta lain,
tapi jika setia itu masih ada pada cinta lama,
hati kita tetap tidak tenang
untuk menerima cinta baru
walaupun berjuta kali kita cuba menafikan
walaupun begitu lama bersembunyi di sebalik perasaan
hati kita tidak mampu berbohong
bahawa kita masih setia pada cinta itu....

ABC KeHidUpan...



A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
S : Solat jangan ditinggalkan
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

"Kehidupan di dunia ibarat seorang perantau"
(Hadis Riwayat Bukhari)

kOLeksi TeraTak nGacAk










PELaNcARaN "TeRatak NgAcAk"

alhamdulillah.....ahernya hem berjaya membuka butik yang hem namakan..."Teratak Ngacak"...Inilah hadiah paling berharga utk hem...setelah berusaha bertahun2, aher nya hem berjaya membuka butik hem sendiri...butik hem menawarkan perkhidmatan untuk mengandam, pakej perkahwinan, salon, fashion boutique, padicure dan menicure....insyaalaah, tahun hadapan kalau diizinkan, hem akan membuka sPa pulak...wish hem all the best keYh....









Tuesday, November 17, 2009

lagu ini peNuh makna......dari kRis DayaNti

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Lirik lagu Aku Wanita Biasa - Kris Dayanti
Lirik Kris Dayanti - Aku Wanita Biasa

Monday, November 16, 2009

kursus EDICT di East wOod VaLLey & goLf cLub cOuntry

hye......ari nie sebenarnya dah masuk hari kedua hem berkursus di Miri....kursus "EDICT" namanya. kursus english discourse for ICT subject...so, belom ambik pic pun...nantyi bile dah ambik, hem akan letakkan dlm blog nie yek....just wait....

Friday, November 6, 2009

soRry ek...

sorry guyZ for nOt lOng tiMe not uPdate the bLogs...actually bz sgT...nie pun tgh bz kUrsusu di Kota kiNabaLu, Sabah...ape2 pun...heRe are some pic yg Sempat hem AmbIk sekiTar kurSus di KK, sAbah..........

mase nie tghg mkn kat tanjung aru...sate nya peling sedap tau....



Tuesday, August 18, 2009

d.U.g.A.a.n........

kehiDupan mEnjadi sEoraNg penD!d!k semEmaNgnya aGAk meNcabar dan penuh dengan dugaaN dan rintaNgan....wALauPun hidUp hem uMpama Sebuah KapaL di Pelayaran...seKejap tenAng, sekejap tiDak.....itUlah yang dihadApi oLeh Hem.....oRang yanG hem SayAng suDaH muLa menjauhkan Diri dari hEm....AdaKah kErana jArak?????diA beGitu....hEm sudah tiDak mamPu ber Buat Apa2...Krn iTu semUa teNtuaN yAng maHa kUasa....hEm pAsrAh.....
dALam hEm mereTapi kEsed!han, mUncUL seOrang inSan yang beNar2 dapat menGubaT luKA yang hem rAsakan....Lihatlah GelaGatnya...buKan main lagi kan...suka Sangat berGurau....Kami sekAdar Teman Biasa tetap! mesRa........huWmmmmm.......namAnya ZahO0r HusSain....@ahMad nAma yg DibeR! oLeh iBunya...

Thursday, July 9, 2009

soRry......


sory guys.....lame sgt x update blogs ni....bukan nye ape, semenjak menjadi cikgu nie...byk sgt benda nak buat sampaikan takde mase nak update blogs....anyway, i will try my best to update untuk semua from time to time......

Thursday, April 30, 2009

pEngOrbaNan....





Tapi….dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain...

~Kasih Antara Kita - wEn I cd!x

i L0vE u.....sAya c!ntAkAn aWak









Ucapkan I Love U dalam pelbagai bahasa!

Albanian - Te dua!

Arabic - Ohiboke (m to f) Nohiboka (f to m)

Bengali - Ami tomake bahlobashi!

Bosnian - Volim te!

Croatian - Volim te!

Czech - Miluji te!

Danish - Jeg elsker dig!

Dutch- Ik hou van je!

Filipino - Iniibig kita!

Finnish - (Mä) rakastan sua!

French - Je t'aime!

German - Ich liebe dich!

Greek - S'ayapo!

Hawaiian - Aloha wau ia 'oe!

Hebrew - Anee ohev otakh (m to f), Anee ohevet otkha (f to m)

Hindi - Mai tumase pyar karata hun (m to f), Mai tumase pyar karati hun (f to m)

Hungarian - Szeretlek!

Icelandic - Eg elska thig!

Italian - Italian

Japanese - Kimi o ai shiteru!

Korean - Dangsinul saranghee yo!

Malaysian - Saya cintamu!

Norwegian - Jeg elsker deg!

Polish - Kocham ciebie!

Portuguese - Eu te amo!

Romanian - Te iubesc!

Russian - Ya tyebya lyublyu!

Spanish - Te amo!

Swedish - Jag älskar dig!

Turkish - Seni seviyorum!

Ukrainian - Ya tebe kokhayu!

Vietnamese - Anh yeu em (m to f), Em yeu an (f to m)

Yiddish - Kh'hob dikh lib!

Zulu - Ngiyakuthanda!

Wednesday, April 29, 2009

jGn TunGGu2 lAma..........

ika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)" (Ali Imran: 14)

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal..

rEseP! c.!.N.tA

Cinta yang sejati datangnya dari dalam hati dan cinta memerlukan tolak ansur yang tinggi agar sesama pasangan memahami di antara satu sama lain. Eceyh bermadah cinta pulak aku eks,ngahaha!! so di sini aku nak berkongsi la sikit sebanyak resepi-resepi cinta. Haa ingat makanan jep ade resepi, cinta pun ad kayh!! uhuu~ So aku harap dari resepi cinta ini membolehkan kita dan pasangan kita faham di antara satu sama lain ;)


1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.


2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.


3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.


4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.




7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat


10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

c.i.N.t.A..............keAjaiBan

Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah, sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri, rasa cinta tetap wujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga, yang sudah setengah abad kadang kala masih tidak memiliki apa yang dinamakan cinta. Cinta adalah untuk semua, tetapi bukan semua dapat merasai nikmat cinta.

Jauh di dalam hati, cinta terus segar & mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan, tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, tetapi terasa begitu dekat. Masih ingatkan suaranya, masih ternampak senyum tawanya. Rasanya baru semalam berlalu.. tidak terasa. Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita. Selagi ada kejujuran, ia tetap mekar. Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya.

Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri. Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama. Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati. Itulah cinta. Satu misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. Allah menciptakan manusia bersama cinta & kasih sayang. Tapi janganlah lupa pada cinta pada Yang Maha Agung.

Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar & segar. Biarpun kita cuba menghilangkan cinta, ia tetap datang dan datang tanpa henti sehingga ke penghujung hayat

b!La k!ta sAyAng oRang tU....................

Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yg orang tu kata
Tapi bila dia kata kat kita?
Hati kata takpe manusia tak perfect..

Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lame pun takpe
Tapi bila dia tunggu kita dia marah-marah,
Hati kata ala adatlah,
ada yang menununggu & ditunggu..

Bila kita sayang orang tu
Kita tak tidor pun takpe,
Layan dia yg tengah bosan,
Tapi bila kita bosan ada dia layan kita?
Hati kata takpe dia busy kot..

Bila kita sayang orang tu
Kita gadoh dengan dia, kita diam je
Tapi dia heboh 1 dunia
Hati kata takpe, dia tension tu..

Bila kita sayang orang tu
Kita call nak cakap ngan dia
Tapi dia bagi phone kat orang laen
Bila jadi camtu, takpe
Hati kata, takpe, layan je, kawan dia, kawan kita gak..

Bila kita sayang orang tu
Kita bercerita dgn dia, ibarat cerita ngan tunggul lagi baik
Tapi bila dia bercerita ngan kita
Kita dengar, sepatah-sepatah kite ingat
Hati kata takpe sayang la katakan..

Bila kita sayang orang tu
Kita dan dia lapar
Tapi kita bagi sume roti kita kat dia
Hati kata, ala jagalah hati dia, sian dia..

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan
Adil ker macam tu?
Hati kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita sayang orang tu
Kita jadi cam orang gila apabila dengar dia sakit,
Tp bila kita tengah sakit,
Dia siap kuar ngan kawan-kawan dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata, ala takpe, tak kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam..

Bila kita sayang orang tu
Kita tak pernah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hipokrit tahap gaban
Hati kata takpe, dia memang camtu kene lah terima..

Bila kita sayang orang tu
Kita tak sanggup tengok dia derita
Tapi dia tak pernah hargai diri kita,
Hati kata, tau tak betapa kita sayangkan dia??

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya
Untuk dia bahagia
Tapi adakah dia tahu pengorbanan yang kita lakukan itu??

c.i.N.t.A

Saban hari persoalan tentang cinta sering menjadi topik perbualan oleh setiap kita yang bergelar manusia. Mungkin bukan setiap hari, tetapi setiap saat, eh bukan-bukan.. ayat yang paling tepat adalah setiap detik, pasti ada di antara kita di dunia ini yang berbual, berdailog, berfikir, dan melafazkan cinta. Bagai tiada penghujungnya jika kita bercakap mengenai cinta kerana ungkapan cinta ini sudah tersemat dalam setiap hati sanubari manusia tidak kira sama ada mereka itu masih mentah di dalam buaian ataupun sudah melangkau usia hampir sedekad. Naluri dan perasaan manusia itu sentiasa menginginkan perasaan cinta itu dalam diri mereka, tidak kira daripada insan tersayang, ataupun keluarga tercinta, malah flora dan fauna juga boleh dijadikan saksi di kala kita memerlukan cinta, kerana cinta itu luas aspeknya sehingga meliputi seluruh alam jika kita dapat tafsirkan makna cinta sebenar. Tipulah jika saya katakan bahawa tiada seorang pun di antara kita tidak mempunyai perasaan yang dinamakan cinta.

Cinta itu amatlah indah, memang indah sekali. Tidak dapat dinafikan keindahannya jika kita membandingkan di antara semua perasaan lain yang ada di dalam diri manusia. Cubalah tanya pada perasaan sayang, pasti cintalah yang dijawabnya. Cuba tanya pada benci apa yang paling indah, "sudah tentu cinta", jawab benci. Kerana dari cinta itulah dapat memadamkan segala kebencian di dalam diri dan mewarnai lagi perasaan sayang di dalam hati. Ia mampu mencairkan besi yang panas membara dan ia juga mampu membekukan air di lautan luas, betapa hendak menggambarkan keindahan cinta itu. Mungkin itu sebabnya ramai juga di antara kita yang lemas di dalam lautan cinta apabila cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.

Adakah cinta itu buta?? Seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang apabila sudah tiada cinta di hatinya?? Saya tidak menyalahkan sesiapa pun kerana setiap dari kita punyai perspektif yang berbeza tentang cinta. Sebenarnya cinta itu tidaklah buta seperti apa yang kita sangka. Cinta itu sentiasa celik dan akan 'celik' sehingga ke alam barzakh nanti wahai saudara-saudari sekalian. Kita sendiri sebenarnya yang telah mem'buta'kan cinta itu sampai kita menyalahkan cinta seratus 100% dan dari situ bertukarnya daripada 'cinta itu indah' kepada 'cinta itu buta'. Jadi adakah 'kita' atau 'cinta' yang salah dalam soal ini? Sama-sama kita fikirkan.. dan sekali lagi saya ingin nyatakan cinta itu tidak pernah sesekalipun buta tetapi cinta itu sentiasa celik.

Berhati-hatilah wahai pemuda pemudi remaja, apa yang saya lihat istilah cinta pada zaman sekarang sudah disalah tafsir oleh kita semua. Tidak lagi se'romantik' dahulu kerana pabila cinta dilafazkan, maka nafsu terus menghantui perasaan dan berakhirnya sandiwara asmaradana dengan terhasilnya anak luar nikah dan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Adakah ini semua angkara cinta?? Tidak!! tetapi nafsulah penyebabnya. Jangan disalahkan cinta walau sekalipun. Mempunyai perasaan cinta bukanlah suatu jenayah, tetapi haruslah kita mengawal cinta itu dengan sebaiknya agar tidak tergelincir dari landasan kebenaran.

Kesetiaan dan tolak ansur merupakan aspek yang paling penting jika kita berada di dalam alam percintaan. Tanpa kedua-duanya mungkin cinta itu terus bersemi, tapi tidak seindah seperti yang digambarkan. Setia bukanlah bermaksud kita perlu sentiasa memegang janji sahaja, tetapi setia juga perlulah ada kuasa memaafkan seseorang jika mereka melakukan kesalahan, kerana kita manusia tidaklah sesempurna mana dan pasti ada kesilapan yang dilakukan walaupun sedikit. Tolak ansur amatlah penting bagi mereka yang bercinta kerana dari situlah kita akan mengenali pasangan kita dengan lebih dekat dan rapat. Apabila telah wujudnya kedua-dua aspek di dalam cinta seseorang, maka mereka itu boleh digelar sebagai pasangan bahagia, insyaAllah.

Apa yang dikarang oleh saya ini bukanlah hendak menggalakkan pasangan yang bukan muhrim untuk menghangatkan cinta mereka, kerana kita juga sudah tahu batas-batas syariah bagi mereka. Tetapi adalah untuk memberi kesedaran bahawa cinta itu sebenarnya indah. Cuma bergantung kepada kita bagaimana hendak mengindahkannya, dan seperti yang saya tulis pada awal bicara bahawa skop cinta ini luas, bukanlah hanya tertumpu pada sesama makhluk sahaja. Paling penting adalah bagaimana kita hendak mengindahkan cinta kita kepada yang Maha Esa, yakni Allah Subhanahu Wataala..

"Cinta adalalah kejujuran, ketulusan, dan kesetiaan. Cinta sejati adalah kesucian yang harus dijaga. Cinta semestinya berhulu iman, bermuara takwa dan kebersihan jiwa" Ibnu Hazm El Andalusy

Wednesday, March 18, 2009

i'm back.........

hye uols.....

soweylah yer hem malaz sgt nak update blog ni....samapai bersawang habis...bukan nye ape...hem memang very the busy in the world......by the way, last mid term break hem g KL, Lumut and hadyai dari 25 february sampailah 3 April....so n!lah a few pic yang boleh hem kongsikan....at least terubat rindu semua nak tgk pic hem kan....heheheheheeeeee


me and ayu






ni kat pavillion....



nampak sedap x teh o a!s limau ni.....














Tuesday, December 30, 2008

My LAtEST oUTLOOk...........


here is my new look after almost 1 month after operation.....